WIRING RUMAH
Professional, Boleh Dipercayai & Fleksibel
Lakukan 3 Langkah Mudah Berikut.
-
Kira berapa jumlah poin lampu atau poin soket dan kipas yang anda perlukan.
-
Darabkan dengan kadar harga kami yang sangat berbaloi.
-
Hubungi kami untuk tentukan harga muktamad dan tarikh pemasangan.
Apa Pilihan Anda ?
-
Minta Kawan Buatkan?
-
Panggil Kontraktor Melalui Kenalan?.
-
Iklankan di FB, Instagram, WhatApps?
-
Beli Barang Sendiri, Minta Wireman Buatkan?
-
Pilihan Terbaik Ialah Biar Kami Buat Wiring Rumah Anda. In Shaa Allah Berkualiti. Amin.
Kawasan Perkhidmatan Kami
|Sg Buloh | Damansara | Petaling Jaya | Subang Jaya | Shah Alam | Puchong | Sg Besi | Serdang | Kajang | Bangi | Dengkil | Putrajaya | Bukit Mahkota | Seri Putra | Ampang | Kuala Lumpur|
Perkhidmatan Kami
Pendawaian lampu, Soket & Kipas
REKABENTUK DAN SUSUN ATUR
Tak semua orang ada idea macamana nak susun lampu, soket dan kipas di rumah sendiri.In shaa Allah kita boleh sembang dan bagi idea secara percuma. Anda boleh buat pilihan mana yang elok untuk rumah anda.
Untuk rumah baru, anda disarankan meminta kami hasilkan lukisan layout poin lampu, soket dan kipas supaya kita tidak bercanggah fikiran di kemudian hari.
Sekiranya anda berpuashati dengan hasil perbincangan tersebut, kita boleh teruskan dengan sebut harga.
SEBUTHARGA
Jika anda sudah ada kuantiti lampu, soket, kipas dan sebagainya, anda boleh terus ambil harga di atas dan kira berapa bajet kasar yang anda perlu untuk pendawaian baru di rumah anda.
No. | Keterangan | Harga | Kuantiti | Jumlah |
1 | Pendawaian Lampu | 120 | ||
2 | Pendawaian Kipas | 120 | ||
3 | Pendawaian Soket | 180 | ||
4 | Pendawaian W-Heater | 250 | ||
5 | Pendawaian Aircon | 300 | ||
6 | Pendawaian Loceng | 120 | ||
Jumlah Besar |
NOTA
Jenis Pendawaian – PVC Conduit, Permukaan.Untuk pendawaian jenis PVC terbenam caj tambahan diperlukan bergantung kepada jenis rumah baru atau sediada.
Jumlahkos tambahan ditentukan semasa rundingan akhir dengan anda, in shaa Allah, anda berpuashati dengan harga kami.
LAWATAN TAPAK UTK MULA KERJA
Untuk rumah sediada senang sikit nak finalkan harga, sebab kita nampak apa yg ada di tapak berbanding apa yang anda mahukan. Senang sebab anda boleh bayangkan serta merta.
Rundingan untuk rumah baru bergantung kepada plan layout rumah. Kalau ini anda sediakan, maka mudahlah juga kita nak finalkan sebutharga.
Bagirumah baru yang tidak disediakan layout, kami akan buat lakaran berdasarkan keterangan yang anda beri atau bedasarkan rumah yang sedang dibuat.
Bagi mengelak per- balahan di masa akan datang, kami akan beri sebutharga secara formal berserta perincian dalam bill of quantities.
Kerja-kerja di tapak boleh dimulakan dengan persetujuan cara pembayaran.Bayaran pendahuluan biasanya dalam 30%.
order now
Pemasangan DB
REKABENTUK PETI AGIHAN/ DB
Biasanya DB untuk rumah bergantung jumlah beban yang diperlukan oleh anda.
Adadua jenis bekalan masuk daripada TNB:-
-Bekalan 1 Fasa.Bekalan 1 Fasa biasanya untuk rumah bersais 1200 sqft ke bawah. seperti rumah dua bilik, studio atau rumah kampung dsb.
– Bekalan 3 Fasa.Bekalan 3 Fasa biasanya untuk rumah banglo bersaiz 2400sqft ke atas, rumah Semi-D dsb.Kos rekabentuk DB adalah percuma, dengan syarat anda sudah ada maklumat jemlah beban yanag akan disambungkan ke DB tersebut.
SEBUTHARGA
– Membekal dan memasang DB satu fasa dari RM300.00.- Membekal dan memasang DB tiga fasa dari RM500.00.
PERSETUJUAN UTK MULA KERJA
Untuk kerja-kerja melibatkan sebutharga pendawaian lampu, soket kuasa dan kipas. Amaun kos untuk pemasangan DB adalah disenaraikan bersama di dalam BQ lighting & power. Rundingan harga berdasarkan keseluruhan harga yang anda persetujui. Untuk membekal, memasang dan menguji DB sahaja biasanya kami akan berikan sebutharga secara formal juga. Kerja-kerja akan bermula setelah cara pembayaran dipersetujui.
order now
Pembumian/ Earthing
REKABENTUK PEMASANGAN PEMBUMIAN.
Ianya sangat bergantung kepada lokasi letaknya rumah anda.
Untuk rumah baru, kami sarankan anda membuat sambungan beberapa pile cap ke chamber pembumian. In shaa Allah bacaan pembumian rumah anda di bawah 10 Ohm.
Bagi rumah sediaada, kami kena periksa pembumian sedia ada. Sekiranya bacaan pembumian di rumah anda ialah 20-Ohm. Kami akan pasang earth Chamber satu ke dua lagi, berjarak 12 kaki di antara satu sama lain. In shaa Allah, bacaan pembumian akan dapat dibaiki sehingga dekat dengan 10 Ohm atau kurang.
SEBUTHARGA
-Membekal dan memasang earth chamber bersama-sama dengan lengkapan 2 batang rod 16mm dia, chamber konkrit dan sambungan ke DB menggunakan kabel minima bersaiz 6mm2.
Dari RM500.00
– Tambahan earth chamber dan sambungan ke chamber berdekatan.
Dari RM350.00
PERSETUJUAN UTK MULA KERJA
Untuk kerja-kerja melibatkan sebutharga pendawaian lampu, soket kuasa dan kipas. Amaun kos untuk pemasangan pembumian adalah disenaraikan bersama di dalam BQ lighting & power. Rundingan harga berdasarkan keseluruhan harga yang anda persetujui.Untuk membekal, memasang dan menguji pembumian sahaja biasanya kami akan berikan sebutharga secara formal juga.
Kerja-kerja akan bermula setelah cara pembayaran dipersetujui.
order now
Masuk Meter TNB
PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK TNB
Kes 1 – Upgrading drp 1 fasa ke 3 fasa.
Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.
Caj untuk permohonan ini bermula dari RM1,000.00
Kes 2 – Bekalan baru 1 fasa.
Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.
Caj untuk permohonan ini bermula dari RM500.00
Kes 3 – Bekalan baru 3 fasa.
Permohonan online akan kami lakukan setelah menerima semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh TNB.
Caj untuk permohonan ini bermula dari RM1,000.00
Siapa Kami?
Ir Hj Tumiran Hj Saru
Founder – Berpengalaman 30 Tahun di dalam bidang ini. Antara projek terlibat ialah Istana Negara, Masjid Besi, Bangunan Perbadanan Putrajaya, Bangunan Pejabat Kerajaan Parcel F, Dsb
Muzafar Mohamad, PW2
Co Founder – Berpengalaman 20 Tahun di dalam bidang ini. Antara projek terlibat ialah Istana Negara, Pelbagai Rumah Milik Persendirian Sekitar Lembah Kelang, Dsb
Hubungi Kami
+6011 1031 1004 – Bro Mus
TOMERUN SERVICES (002886484-W) – PT 23207, Lorong Jalan Utama, Kg. Sg. Merab Hulu, 43000 Kajang, Selangor D.E.